SUKUS AND TUKUS BOOK WITH 1 DIRHAM SILVER
Sukus and tukus book with 1 dirham silver - 2.975g
- SKU#: SC999-1D-SUKUS-A
- Availability: 7
Price From
RM 55.01 to RM 63.02
| Metal | Silver Coins |
| Type | Minted |
| Weight | 2.975g |
| Purity(Fineness) | 0.999 |
| Manufacturer | Nubex |
| Certificate | No |
The books come with the special 1 dirham IFIW.
The summary of the books you can see here : https://www.youtube.com/watch?v=0yhpNnbXyzM.
Summary in Bahasa Malaysia :
Komik Sukus & Tukus ini cuba untuk menggambarkan tentang konsep wang dan ekonomi secara umum kepada orang ramai. Orang awam secara amnya memahami konsep wang dan terus merujuk kepada aktiviti-aktiviti ekonomi yang sebenar tetapi sukar untuk memahami konsep wang dan hubungannya dengan inflasi, pengangguran, masalah sosial dan sebagainya. Oleh itu, komik Sukus & Tukus inilah komik yang pertama yang cuba untuk menggambarkan konsep wang yang dinamakan wang fiat dengan jelas dan menekankan betapa pentingnya penggunaan emas sebagai alat transaksi dalam cara yang santai dan lucu.
Ia mengisahkan tentang dua suku masyarakat yang tinggal di dua buah pulau yang berbeza iaitu pulau Aya dan Baya. Pualau Aya didiami oleh suku Sukus dan pulau baya didiami oleh suku Tukus. Pulau Aya adalah pulau yang dianugerahi sumber alam yang menlimpah terutama emas. Suku sukus yang mendiami pulau ini hidup dengan sejahtera. Dalam transaksi ekonomi sehari-hari suku Sukus sudah moden kerana menggunakan emas sebagai alat transaksi bukan menggunakan sistem barter lagi. Meskipun emas digunakan sebagai alat transaksi mereka tidak mendewa-dewakan emas. Suku sukus hidup dengan bergotong-royong dan saling bantu-membantu dalam situasi apa pun. Dibandingkan pulau Aya, pulau Baya yang didiami oleh suku Tukus kurang subur dan tidak kaya dengan sumber alam. Mereka dalam kehidupannya sehari-hari masih bersifat tradisional kerana masih menggunakan sistem barter sebagai alat transaksi sehari-hari.
Walaupun keadaan hidup suku Tukus dibawah suku Sukus, mereka tetap hidup dengan aman damai sama seperti suku Sukus. Namun, kesejahteraan hidup kedua suku ini mulai hancur tatkala Gago dan Sago datang ke pulau mereka dan memperkenalkan institusi perbankan dan menukar ganti emas dengan wang fiat dengan pujukan yang mengasyikkan. Setelah Gago dan Sago memperkenalkan sistem wang fiat ini keadaan suku Sukus dan Tukus berubah. Kehidupan mereka yang harmoni dan penuh kasih sayang perlahan-lahan luntur. Prinsip saling membantu berubah menjadi ‘time is money’. Keadaan sosial berubah. Keadaan menjadi kacau bilau. Hedonisme dan korupsi di mana-mana. Kebanyakan penduduk menjadi penjahat, perompak, perogol dan sebagainya. Gago dan Sago kemudiannya menjadi pemilik hampir semua kekayaan di pulau tersebut. Mereka menguasai ekonomi dan aset. Lambat laun, dengan wang fiat, mereka memiliki kekuasaan baru: menguasai politik negeri itu.
Komik ini jelas menceritakan bagaimana wang fiat atau wang kertas berfungsi dari sudut berbeza dari yang kita lihat pada hari ini. Dari sisi yang lebih menakutkan. Ia sediki sebanyak menimbulkan kesedaran dalam diri pembaca terutama pembaca dewasa seperti saya tentang peri pentingnya menyimpan emas untuk masa depan ketika wang fiat tidak lagi bernilai dan hanya dipandang seperti kertas biasa. (Credit : BUKU JALANAN TITI)